Friday, July 4, 2014

RAMADHAN AL MUBARAK


Assalamualaikum semua..


Selamat mengerjakan ibadah puasa.. Semoga kita semua dikurniakan keampunan dan ketakwaan.. Hari ini genap suda puasa ke 6 kita yeahhhhh...


Andai jemari tak sempat berjabat
Jika raga tak bisa bersua
Bila ada kata berbekas luka
Semoga pintu maaf masih terbuka..
'SELAMAT BERPUASA'


#24 hari lagi hari raya =))







Wednesday, June 18, 2014

World cup diantara kita..

Bola sepak.. Luas pemahamannya.. Ia bukan saja tentang persahabatan.. Ia lebih lagi.. Menurut pandangan brader.. Seseorang yang menyokong pasukan kegemarannya adalah sangat kuat kecintaannya.. Ia seorang yang setia.. Tidak seperti mereka yang punya banyak pilihan.. Seperti memilih Dua atau Tiga pasukan jadi harapan untuk menjulang piala.. Mereka ini tiada kepercayaan dan tiada kesetiaan.. Itu yang paling jelas kalau brader tengok.. Dan lebih tepat adalah "suka-suka saja".. Jika dipandang pada kecintaan pula.. Mereka yang mempunyai banyak pilihan ini adalah mereka yang ingin mencari yang "Terbaik" untuk mereka.. Hihihi.. Ini cuma dari sudut pandangan brader.. Apa-apapun itu semua adalah kata-kata dari brader.. Jangan nak pikir sangat.. Sekadar mengisi ruang kosong pada blog ini.. Baik buruk anda pilihlah.. Selamat menyokong pasukan kegemaran anda..


# Kita banyak pilihan.. Jangan terlalu taksub dengan kegembiraan dunia yang tak kekal.. Apa yang dilarang, Tinggalkanlah.. Jauhi judi.. Tak lama lagi Ramadhan akan bertemu kita.. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih memberi keberkatan kepada kita semua dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.. Pikir-pikirkanlah dan selamat beramal..

Oh World Cup 2014

Assalamualaikum W.B.T.. Brader kembali dengan wajah yang riang dan hati yang senang.. Nak tahu kenapa? Sebentar nanti brader kongsikan dengan korang.. Hahaha.. Korang mesti terperanjatkan sebab kenapa brader hilang lama dalam blogger.. Ini bukan tak lain punya pasal sebab brader cari cerita yang best tuk korang.. Haaaa.. Tak percaya.. Baiklah teruskan membaca.. Begini.. Mesti korang sekarang ni tengah demam bola kan.. Yalah.. World Cup.. Cerita pasal WC (World Cup) ni.. Brader ada ramai kawan yang bersengkang mata semata-mata untuk melihat perlawanan Pasukan pilihan mereka termasuk brader juga la.. Da minat ye tak? Benda kalau da minat biar macam mana halangan pasti ditunaikan juga.. Tak kiralah menonton diluar kawasan.. Yang penting happening ye tak? Lagi mulia jika pasukan pebret menang.. Lagi best dapat minuman free (opsss) Hahahaha.. Baiklah.. Nak jadikan satu cerita ni.. Brader bebaru ni ada keluar tengok bola dengan kengkawan brader.. Cuma sedih jugalah.. Yalah.. Da keluar beramai-ramai ni ingat boleh bercerita sampai terbahak-bahak.. Sebab kawan brader yang sorang ni Pelawak.. Bila bertemu saja pasti ada lawak yang terbaru.. Cuma malam tu mungkin si jai ni kontrol macho sebab ada beberapa gadis yang duduk bersebelahannya.. Hahahaha Brader andaikan dia sebagai "JAI".. Si Jai ni penyokong tegar Negara "Brazil".. Tapi perlawanan yang kami tengok ni antara Germany vs Portugal.. Sebelum perlawanan bermula.. Ada suara-suara sumbang dimeja belakang ni berketawa.. Jai toleh kebelakang tengok gelagat manusia yang pelik antara manusia atau alien.. Mana tidak.. Rambut warna kuning entah pewarna mana dia pakai.. Da macam sabut kelapa.. Pernah nampak sabut kelapa? Berserabut .. Haaa macam begitulah keadaannya.. Kawan brader si jai ni ternampak jersey yang alien tu pakai.. Jersey portugal.. Siap si jai tegur "Cantik baju bro".. Dengan bangganya alien tu mengusap lambang portugal dijerseynya.. Siap digoncang seperti mengibarkan lambang jersey tu.. Fuhhhh.. Eksennn.. Si jai ni cool saja sebab bukan pasukan pilihan.. Tapi kerana minat jersey germany dia terpakai juga malam tu.. Itu mungkin sebab brader umpan kata yang bahawasanya kengkawan semua guna jersey juga.. hihihi.. Cuma ada gangguan sedikit sebab tergendala siaran perlawanan tu.. Minit berlalu.. Terkejut bila keputusan 1 - 0 pada minit ke 15 perlawan.. Terlepas goal yang dijaringkan kerana kesilapan teknikal pada screen besar.. Hingga habis perlawanan.. Wisel ditiup dan kemenangan berpihak pada germany 4 - 0 keatas portugal.. Cuma yang tak disangka.. Alien yang duduk dimeja belakang tu.. Minit ke 80 sudah balik tanpa menghabiskan sisa perlawanan.. Da ke mana semangat sebelum perlawanan bermula? Hahahaha.. Nasib baik brader tak kejam pada malam tu.. Hihihi.. kalau brader kejam.. Brader TROLL depan mata siap buat muka duck face seperti Jurulatih Spain.. Bila sebut pasal spain ni yang brader paling lucu.. Kahkahkahkah.. Mana tidaknya.. Over komfiden.. Sekali terbalik.. Kena belasah 5 - 1 oleh Holland.. Hahaha.. Cukup puas juga brader membahan kengkawan brader.. Dan mungkin selepas membaca ni kengkawan brader akan boikot brader.. Mana tidak.. Brader tidak memberitahu pasukan pilihan brader (Yang jelas brader tiada buat pilihan pada world cup kali ini..) Hahahaha.. Pandai-pandai koranglah teka team pilihan brader.. Yang penting brader memang nak membahan kengkawan brader.. Yang part membahan ni brader paling senang hati dan gembira.. Sebab disitu kita akan tahu sampai mana tahap keyakinan sokongan pada pasukan pilihan.. Hahahahaha.. Jangan marah.. Sampai jumpa lagi.. Adiosss amigossss..




# Bila ada jersey tu sila pastikan ianya MUAT dipakai kerana dikhuatiri akan menimbulkan suasana "PengTrollan".. Kepada kengkawan braded yang telah membaca ni.. Brader minta maaf bebanyak.. Usik mengusik itu untuk mengeratkan persahabatan antara kita.. Ye tak? Tiada niat lain selain ingin bergurau.. Cuma lain kali jika ingin menonton bola reramai.. Abaikan gadget tu.. Masa bersua muka tu jarang.. Melainkan tiada cerita.. Oderkan aku Tongkat ali.. Tunggu perlawanan antara Brazil Vs Mexico..

Tuesday, March 18, 2014

Nyataaaaaa =))

Esok cuti penggal terakhir akan bermula.. Aku tidak sabar ingin balik ke kampung untuk bertemu nenek.. Rindunya.. Sekian lama hanya menghadap buku dan pen di SMK (Dirahsiakan).. Petang itu aku sengaja tumpang teksi untuk membuat kejutan kepada nenek.. Hihihi.. Suprise la katakan.. Setibanya perkarangan rumah tua itu.. Aku nampak nenek sedang membersihkan dibelakang halaman.. Siap membayar wang kepada pemandu aku menghendap nenek dari tangga depan.. Perlahan-lahan aku melangkah.. Takut disedari pula.. "Huarghhhhh" aku sergah nenek lalu ku peluk dari belakang.. "Astaghfirullah alazimmmmm!!! " panjang nenek mengucap.. Nasiblah penyapu tu tidak di libas.. Kalau tak.. Sure kena..Hahaha.. "Kiahhhhhhh.. Bila kiah sampai.. " pertanyaan pertama setelah lama tidak bersua sambil di cium dahiku setelahku cium tangan nenek.. "Rinduuu " aku bersuara manja niat ingin bermesra tapi lain jadinya.. "Pergi naik atas dulu.. Banyak nyamuk sini" belum sempat bermesra.. Aku diarahkan naik masuk ke rumah.. "Kejap lagi siap ni.. Kotor pakaian tu nanti..".. Jam ditangan 5.27ptg.. Kejap lagi masuk waktu maghrib.. Nenek sendiri ja tinggal dirumah setelah semua pakcik dan makcik aku semua sudah mendirikan rumahtangga.. Balik pun bila perlu.. Nasib nenek masih kuat lagi.. "Kiahhhh.. Ooo Kiahhh" suara nenek jelas kedengaran.. "Pegi mandi.. Jangan lama-lama nanti kena intip.." dalam nada bergurau.. Aku ikut perintah.. Cuma 10minit saja aku gunakan untuk mandi.. Setelah siap berkemas aku menuju ke dapur nelihat nenek.. Nenek sedang masak lauk kegemaran aku.. "Hmmmm" aku menghidu bau masakan nenek.. "Mari kiah.. Makan.. Lepas tu tidur awal.." Eh.. Lain macam nenek ni.. Aku belum mengantuk diminta tidur awal.. "Aik.. Kenapa pula.. Cuti sekolah sudah ni.. Apa pula tidur awal.. Lagipun baru jam 8mlm.. Huhuhu".. Aku membantah.. "Tidak baik tidur lewat.. Nanti senang dapat sakit".. Belum pernah nenek bersikap begitu selama ni.. Hari ni.. Perbezaan ketara sangat.. Sambil menyuap nasi ke mulut.. Aku terpikir kenapa nenek tiba-tiba begini.. "KEDEBUSHHHH!!!" terkejut aku.. "Kelapa dibelakang tu buahnya jatuh.. Kalau tidak daunnya.. Nenek minta aku bertenang.. Bunyi atap rumah bagai dihempas oleh kapal terbang.. Nenekku tahu apa yang terjatuh.. Cuma nak tenangkan aku mengatakan itu ialah buah kelapa atau daun kelapa.. Padahal sebaliknya berlaku.. Nenekku melangkah ditepi dapur.. Membuka jendela usang yang kayunya dibaluti papan lapis yang telah luput temponya.. Lalu nenek berkata.. " BAIK KAU JADI PELAKON STUNTMEN.. KAU TERBANG JATUH TAPI TIDAK MENGAPA-NGAPA.. BAGUS KAU NI.. ADA POTENSI JADI ARTIS.. NIAT KO BERLATIH TU BAGUS.. TAPI JANGANLAH DI AREA RUMAH AKU!!" Aku terdiam kaku mendengarnya.. Mula bulu roma meremang.. "KAU NI.. BOLEH PERGI JAUH.. TAPI TU LA.. SAYANG.. TIADA TAMBANGKAN.. OK BEGINI.. KAU PANJATLAH KELAPA.. BOLEH JUAL.. CUKUP TUK TAMBANG.. KAU TERBANGLAH NAIK FLIGHT.. NI KAU TERBANG SENDIRI.. PENAT JA KAU LANDING DIATAP RUMAH AKU.. ROSAKLAH ATAP TU.. HANCUR JA ATAP AKU KAU GANTI!!".. Siapa tu yangtoo? Panggilan ku kepada nenekku dengan bertanya.. "Manusia terbang".. Aku terus jatuh pengsan mendengar nama itu.. Esoknya aku diceritakan oleh nenek kenapa nenek minta aku mandi cepat.. Tidur awal.. Rupanya ada sesuatu yang nenek sembunyikan dari aku.. Akhirnya nenek menceritakan hal sebenar.. "Nenek cuma sengaja cakap begitu.. Biar kiah tidur awal.. Hahahaha.. Kiah nampak daun kelapa tu? Itu yang jatuh semalam.. Hahaha.." rupanya nenek sengaja tekejutkan aku.. Biar aku tidur awal.. Demmmmmmm =))=)).. Aku terkena troll oleh nenek.. Hahahahaha..



# Kisah ini benar namun diubah jalan ceritanya untuk bertujuan menjaga keaslian kisah dari Empunya diri.. Namanya biarlah dirahsiakan.. Hahahaha.. Anak muda.. Apapun pangkat kita diusia muda. Jangan memandang rendah terhadap orang tua. Hormati mereka selagi ada. Kongsi kasihsayang dengan mereka.. Lagipun.. Ada pepatah berkata "Orang Lama berjaya tanpa ada bantuan dari Google".. Ingat tu.. Respect Old people..

(Hak cipta terpelihara.. Buncit 007 (c) )

Saturday, March 15, 2014

Boleh pergi jauh ni =))

Assalamualaikum wbt.. Boroi datang kembali.. Hahaha.. Kali ini brader boroi ingin membawa kamu ke masa lampau.. Amboi.. Masa lampau je korang terus tersenyum.. Ada kisah yang mencuit hati la tu.. Hehehe.. Hai awak.. Haa! Awaklah.. Ya awak.. Awak Yang sedang membaca ni.. Senyum lebar nampak.. Haa.. Pernah bercinta masa sekolah dulu-dulu? Mesti sweetkan sebab senyuman tu mengalahkan orang yang baru dapat gaji tapi sekejap ja pegang duit.. Pastu tawar semula.. Hah! Yang ini senyum pudar warna akibat gaji hari ini habis hari ini.. Hahaha.. Ok.. Sambung semula topik yang brader boroi nak kongsi.. Yang lahir sekitar 1980's.. Pasti ketika bercinta tu romantik sangat.. Mana tidak.. Tulis surat siap tabur bedak biar wangi bila pasangan membacanya.. Nak lagi sweet.. Selitkan madah-madah cinta diakhir luahan.. Perghhhh.. Memang padu!!! Tapi.. Bukan ini yang brader boroi nak persembahkan (seperti hulubalang istana pulak).. Ok.. Brader mula ya.. Dulu, brader ada seorang kawan yang sedang dilamun cinta diwaktu usianya 14tahun.. Namanya harris.. Hensem orangnya.. Ada iras-iras Nicolas saputra pelakon indonesia.. Pasangan yang kononnya jadi cinta pertama dan terakhir, tiada lain selain dia.. Namanya Laila berusia 13tahun.. Comel orangnya.. Nak tandingkan dengan rupa artis memang jauh berbeza.. Secomel-comel wawa zainal.. Semanis-manis emma maembong.. Ayu budak laila ni.. Pada satu hari ni waktu rehat dalam sekolah.. Harris ternampak Laila sedang bermesraan dengan seorang pelajar yang sebaya dengan harris.. Kalau tidak silap.. Kelas 2 Bijak.. Laila dengan pelajar lelaki tu saling berpegangan tangan.. Betapa hancurnya hati harris sewaktu melihat gelagat mereka.. Dengan perasaan kecewa keesokan harinya harris telah menulis surat untuk Laila.. Dia meluahkan segala-galanya dalam surat itu..



"Kehadapan Laila..
Saya tidak tahu apa yang akan berlaku setelah laila terbaca surat ini.. Saya harris.. Pelajar kelas 2 Genius.. Sebenarnya saya minat dengan laila.. Sejak pertama kali laila jejakkan diri ke sekolah ini.. Saya tahu nama laila setelah melihat buku laila yang tercicir depan kelas saya.. Tak sempat nak bagi salam kenal laila terus berlari.. Tapi itu tidak penting.. Yang penting saya nak luahkan perasaan dengan laila.. Laila, jika kita bercinta saya akan buat laila paling bahagia.. Walaupun saya tiada apa-apa nak dihadiahkan untuk beri dengan laila.. Saya cuma ada hati dan perasaan.. Saya nak jaga laila.. Saya perlukan laila.. Kalau boleh saya nak sehidup semati dengan laila.. Sayang laila.. (Petang ini nak jumpa laila dekat pondok belakang perpustakaan.. Jam 2ptg)

Yg ikhlas..
Harris..


Harris meminta tolong pelajar satu kelas dengan laila untuk memberikan surat itu.. Laila terbaca surat tu.. Tepat jam 2ptg.. Laila nampak seorang pelajar lelaki duduk dipondok.. Tanpa membuang masa.. Laila pergi tanpa ditemani sesiapa.. Surat yang harris titipkan untuk laila tersampul rapi digenggaman.. Laila menghulurkan surat itu semula kepada harris sambil berkata "Hati saya sudah dimiliki.. Lagipun saya tidak kenal awak" lalu laila berlalu pergi sebelum harris dapat berkata apa-apa.. Betapa hancurnya hati harris sehinggakan tidak mampu menahan airmatanya.. Dalam kecewaan itu, seorang kawan harris nampak dia menangis.. Tetapi tidak tahu apa sebab harris menangis.. Terkedu harris.. Dalam banyak situasi yang melanda.. Peristiwa itu yang membuatnya mengalirkan airmata.. Perlahan harris menahan sedih lalu diceritakan kepada kawannya.. "Wan, ko kenalkan laila pelajar kelas 1 Bestari.." "Kenal!" jawab Wan ataupun nama penuhnya Izwan.. "Wan tahukan harris suka laila.. Tapi, laila tolak harris mentah-mentah hanya kerana hatinya telah dimiliki dan tidak kenal saya" kata harris sambil menaris nafasnya dalam-dalam.. "Oh.. Harris ni.. Laila tu kan couple dengan Razak pelajar 2 Bijak.. Harris tidak ingatkah.. Kan ramai pelajar lain cakap pasal dorang tu.. Dorang tu dijodohkan oleh keluarga.." izwan seperti berleter terhadap harris.. "Beginilah harris.. Lupakan la laila tu.. Bunga bukan sekuntum.. Lagipun kalau saya tengok rupa harris ni.. Boleh pergi jauh.. Tapi tu la.. Sayang~ Tiada tambang!!!" lalu izwan terbahak-bahak mentertawakan harris diikuti dengan perubahan wajah harris seperti ingin meraih simpati walaupun dalam situasi tu harris turut tertawa.. Akhirnya harris terima juga keadaan setelah terlihat pelajar seusia harris baru berpindah ke sekolah mereka.. Namanya Erna Mariana.. Pelajar berkaca mata berbangsa kacukan Melayu-Belanda.. Perghhhh.. Sekian..


# Haa.. Apa macam? Ok tak kisah ni?.. Hahaha.. Brader boroi tak pandai nak buat cerita romantik ini.. Harap korang semua terhibur juga walaupun kisah ni banyak kurangnya.. Hehehe.. In shaa Allah brader boroi akan kembali dengan cerita yang thorbaekkk.. Sampai berjumpa lagi.. Adios amigos.. Assalamualaikum wbt..

Tuesday, March 4, 2014

Tips Harian~

Assalamualaikum wbt.. Hai semua.. Aku kembali lagi.. Hahaha.. Ok.. Kalau nak suruh buat ucapan memang dalam taipan memang payahlah.. Sebab aku guna Handphone Samsung Galaxy Young.. Jadi, Susah nak buat panjang-panjang.. Boleh tu boleh tapi terpaksa copy/paste.. Hihihi.. Entah apa aku melalut ni korang jangan ambil kisah sangat.. Baiklah.. Aku ingin berkongsi tips sedikit untuk mengelakkan dari terpeleot pabila turun tangga.. Nak jadikan cerita.. Hari tu.. Kengkawan ada jenjalan kat shoping komplex ni.. Nak pegi nonton wayang kata mereka.. Tapi bukan pasal movie tu aku nak kisahkan.. Kejadian terpeleot tu yang menyedihkan.. Dah movie tu abis ramailah yang nak keluar dari panggung tu.. Sure ada yang nak berebut turun tangga.. Kejadian tu berlaku tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan yang serius.. Mungkin dia penat atau terpikirkan hal-hal yang lain seperti "Nak makan" atau yang boleh menjadi punca kelalaian.. Ok.. Aku nak bagi tips ya.. (1) Dalam keadaan sesak tu coba teriak "Tolong.. Aku nak pengsan!!!".. Mesti ramai yang nak tolong sebab dekat malaysia ni.. Ramai prihatin.. Terutama bila yang nak meminta tolong tu "Awek".. (lelaki dinasihatkan jangan ikut cara ini.. Takut yang cuba menolong anda "GAY".. (2).. Dalam posisi berbaris tu cuba nyanyi dalam hati.. Kerana lagu ada perkiraan masa yang boleh diikut rentaknya dengan melangkah atau turun tangga.. Misalnya lagu -Gadis jolobu-.. "Kojoloba kojolobu tuai padi tiga tangkai".. Setiap rentak diikuti lirik itu memudahkan anda membuat pergerakan..Mana tau ada kawan mengerti apa yang kamu lakukan.. Pasti dia akan ikut juga.. Sehati sejiwa katakan.. Hihihi. Kalau tak percaya, cuba praktik sekarang.. Hasilnya memang thorrbaekkk.. (3).. Ok cara ini mudah saja.. Beritahu kengkawan yang nonton bersama.. "Tunggulah abis orang keluar.. Baru kita keluar".. Sure tak sesak.. Ye tak? Hahahahaha..
# Ini contoh.. Malang tak berbau.. Biar bagaimanapun untuk kita untuk berhati-hati, jika IA berkehendak untuk menjadi sesuatu.. Pasti akan berlaku.. So.. Yang dapat malang tu.. Jangan sedih.. Kerana semasa anda jatuh sakit.. Disitu anda akan tahu.. Siapa yang ambil berat dengan diri anda.. Hihihi. Kerana itu yang tersurat.. Yang tersiratnya pula.. Anda pikirlah yang baik-baik saja.. Semoga ianya kembali seperti sediakala.. Dan jika anda rasa ragu-ragu.. Tepuk dada tanya selera.. Semoga berjumpa lagi.. "Hidup ini kannnn indah pabila kita tahu untuk mengindahkannya.. Hihihi.. Tata titi tutu.. ( Semoga cepat sembuh... Aminn )
#d sertakan gambar contoh terbabit..  Nyata sandik =))


# By - Boroi86





Friday, February 28, 2014

Gadis Jolobu

PART I

Gadis itu berlalu pergi dengan tergesa-gesa tanpa mengucap apa.. Hilang begitu saja.. "Dik, ini bakinya.." "Melepas~" keluh hatinya.. Seorang jejaka telah terlihat gadis yang ayu.. Namun gadis itu tidak dikenalinya.. Oh apakah ini cinta pandang pertama.. Ayunya gadis itu.. Siapakah dia.. Gadis itu menjadi misteri dipikiran si jejaka.. Lain pula kisah si gadis.. Dia sedang bercinta dengan lelaki.. Malangnya si gadis itu mengetahui latarbelakang lelaki itu.. Pada suatu hari gadis itu bertembung dengan lelaki yang dicintainya bersama seorang wanita ditemani kanak-kanak kecil.. Sigadis dengan berasa sakit dan sedih mengekori pasangan itu dari belakang.. Terdengar bualan mersa antara mereka.. "Sayang, sempena ulangtahun perkawinan kita nanti.. Abang nak buat diluar negara.. Kita da lama tak cuti-cuti diluar negara.. Abang sudah urus semuanya tentang tiket dan tempat tinggal.." Betapa hancur hati gadis itu pabila mengetahui hal sebenarnya.. Rupanya selama ni dia bercinta dengan Suami orang.. Gadis itu teringat dengan cerita semalam setelah dia dan lelaki itu bertemu.. "Awak, dalam seminggu saya akan keluar negara atas beberapa urusan.." Mengalir airmata gadis itu bila teringat kisahnya dengan lelaki yang diserahkan jiwa dan raga dengan penuh rasa kasih sayang..

PART II

Sebulan berlalu...
"Cik, nak order apa?".. "Bagi saya Jus Avocado.. Err, Banyak buih ya" sambil melemparkan senyuman yang manis kepada pelayan itu.. Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil ordee dari si gadis.. Bar yang suasananya agak tenang membuatkan perasaan gadis itu ceria.. Disatu sudut, jejaka yang mengenalinya tu sedang menghirup secawan Tea hangat.. Sedang asyik menikmati minuman, jejaka itu terpandang disatu sudut dimana gadis impiannya sedang duduk sendirian.. Namun riak wajahnya sangat ceria.. "Inilah masa aku untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi".. Jejaka itu mendekatinya.. "Hai, boleh join?" jejaka itu memulakan bicara.. Gadis itu menoleh kiri dan kanan sambil menaikkan keningnya.. "Silakan" pelawanya.. Diamati wajah gadis itu.. Tersenyum sendiri.. "Gembira nampak? Ada apa yang saya boleh tahu?" tanya jejaka itu sambil tersengih.. "Hm, tanya saya?" sambil gadis itu membesarkan matanya memandang.. "Awak senyum saja dari tadi.. Ada apa yang berlaku?".. "Hahahaha.. Tiada apa. Cuma teringat cerita tadi.. Bukannya penting sangat tapi lucu" sambil gadis itu memberikan senyuman yang paling mencairkan hati sesiapa yang memandang.. "Oh ya.. Saya macam pernah nampak awak.. Dimana ya?".. "Pernah dulu.. Time tu awak tiada duit syiling untuk bayar makcik dekat toilet tu.. Ingat? terang si jejaka.. "Oh iya.. Awak yang bayarkan.. Tapi waktu tu saya tak sempat nak ucapkan terima kasih.." sambil gadis itu menghulurkan tangan ingin mengucap terima kasih.. " 'Syuhana'.. Nama saya syuhana.. Panggil 'ana'.. Awak?" seolah tahu akan niat jejaka itu yang berkenalan "Harris.. Panggil 'ris' pun boleh.."

PART III

Hari berlalu.. Ana dan Ris menjadi rapat.. Jika tidak bercall pasti akan ber"PM" diwechat.. Dunia teknologi.. Dihujung minggu Harris mengajak Syuhana untuk berjogging.. Boleh sembang banyak-banyak.. Ana mengenakan Seluar tracksuit hitam dengan kasut nike hijau keluaran terbaru.. Nampak sangat tak pernah berjogging.. "Waa.. Serba baru nampak.. Pertama kali jogging?" harris menegur sambil ketawa kecil.. "Eh! Bukanlah.. Kasut yangh dulu ntah letaknya.. Tu yang pegi mall beli.. Ni pun sebab awak ajak saya.. Kalau tak.. Berkumpul la lemak diperut ni" tegas syuhana.. Harris waktu hanya mengenakan pakaian yang biasa dia guna bila berjogging.. Penat mengelilingi tasik itu Harris mengajak Syuhana untuk berehat.. "Ris.. Didunia ni ada lelaki sejati lagi tak?" pertanyaan Ana membuatkan Ris kaku seketika.. "Lelaki ni memang suka menyakitkan hati wanita sajakan?" tambahnya lagi.. Belum sempat harris mengatur nafas syuhana bertanya lagi.. "Ka lelaki semua memang dilahirkan untuk mempermainkan wanita saja?".. "Kenapa pula Ana berpikiran begitu?" tanya harris untuk mematikan pertanyaan Ana.. "Tau tak.. Sedihnya hati bila dapat tahu 'JANTAN' yang dicintai itu sebenarnya Suami orang.." Harris memandang mata syuhana dengan rasa simpati.. "Kalau Ris ditempat Ana.. Apa Ris akan buat?! Ris tidak akan tahu apa yang Ana rasa.. Semua lelaki sama saja!!".. Harris memegang bahu Syuhana.. "Ana.. Didunia tiada yang sempurna.. Namun jangan babitkan semua lelaki jadi jahat hanya kerana kisah silam Ana.. Dan saya bukan seperti yang Ana pikirkan.." Harris menghabiskan kata-katanya lalu menyambung semula jogging terhenti sebentar tadi..


TERAKHIR..

Seminggu kejadian berlalu.. Ris dan ana menjalani kehidupan seperti biasa.. Cuma kurang berbual seperti biasa.. Ada juga Ana text Ris bertanya kabar.. Namun tiada semesra biasa Ris menjawabnya.. Ana merasakan perubahan itu.. Namun tidak mampu berbuat apa.. Ana sedar akan kesilapan yang dia lakukan.. Tapi itu tiada terlintas dipikiran Ana untuk mengecilkan hati Ris.. Namun Ris tidak mampu untuk tidak mengingat Ana.. Setiap saat hanya memikirkan Ana.. Baginya Ana sangat istimewa.. Lagu Gadis Jolobu nyanyian Waris feat Dato' Hattan bergema.. Harris memandang segera handphone Samsung Galaxy Note 2 diatas meja.. SMS masuk dari Syuhana.. "Ris, maafkan ana.. Ana sedar ana buat salah.. Maafkan ana.." Harris menarik nafas dalam-dalam.. Dihembuskan.segera.. "Huh!".. "Boleh kita jumpa? Malam ni ditaman tempat kita jogging dulu? Jam 8mlm.. Ris tunggu disana".. Syuhana mengiyakan pelawaan harris.. Jam menunjukkan 7.52pm.. Harris dengan jeas Levis biru lusuh kasut Converse hitam berbaju Kemeja Polo.. Rambutnya disisir rapi diala-ala David Beckham.. Ikut style terkini katakan.. Dari jauh Harris nampak kelibat syuhana.. Harris tahu lenggok berjalan itu adalah syuhana.. Gadis itu bertudung sambil mengenakan Baju lengan panjang dan Jean Biru kasut Converse juga.. Harris mendekati syuhana lalu mengajaknya duduk ditepi tembok.. "Ada apa Ris ajak Ana jumpa?".. "Ana.. Ris faham situasi ana waktu tu.. Itu pendapat ana.. Ris tidak membantah.. Cuma janganlah kaitkan semua lelaki.. Ana seperti hidup didalam bayangan sendiri.." harris memulakan bicara.. Syuhana diam.. Suasana malam tu sangat tenang.. "Kenapa ana diam?".. Syuhana tunduk tanpa suara.. "Ana, Ris bukan mau membuka luka lama.. Cuma Ris nak Ana lari dari bayangan lama.. Jangan hidup bertemakan kenangan lalu.. Buka mata.." luahan harris.. Ana seolah-olah hilang bicara.. Diam saja.. "Ana.. Sebenarnya Ris sayangkan ana".. Syuhana memandang harris.. Ditenung tajam mata itu.. Tepat dibebola mata.. "Tapi, ana masih bermain dengan bayang-bayang.." harris mengalih pandangan.. Dipandangnya lampu jalan yang mencahayai semua taman itu.. "Harrisss".. Sayu suara syuhana memanggil nama jejaka yang duduk disebelahnya.. "Kenapa harris sayangkan ana?".. Harris menoleh kearah syuhana.. Digengamnya tangan gadis itu.. Syuhana tidak memberi reaksi dengan tindakan harris.. Hanya dipandang saja mata yang memandangnya.. "Ana.. Jika yang pergi itu Cinta.. Mungkin yang datang adalah jodoh.. Sejak Ris terpandang ana.. Berkenalan dengan ana.. Harris telah jatuh cinta.. Setiap hari Ris hanya terpikirkan Ana.. Mungkin ini takdir untuk kita" harris meluah.. "Tapi kenapa?" syuhana bertanya.. "Ana.. Hawa dicipta untuk temani Adam.. Begitu juga Ana.. Ana diciptakan untuk temani Ris".. Ana membalas genggaman tangan harris.. "Harris".. Ana menyebut nama itu.. "Ya saya?" Ana dengan tidak diminta telah mengalirkan airmata.. Lalu menyandarkan kepalanya dibahu Harris.. "Ana.. Hidup ini.. Tidak seperti yang diangankan.. Semuanya telah ditakdirkan.. Namun kita masih mampu untuk mecapainya.. Walau tidak serupa impian tapi kita masih mampu mengindahkan hidup ini..".. Ana memeluk erat harris.. Ternyata harris tidak bertepuk sebelah tangan.. Berakhirnya malam itu dengan keindahan..


( Ini rekaan semata-mata.. Terhasil bila suasana yang aku alami ini bertemakan "Kan Hidup ini Indah jika kita tahu untuk Mengindahkannya" sambil ditemani Teh hangat sentuhan tangan sendiri dengan sebungkus Rokok surya.. Sambil-sambil dengar lagu Instrumental.. Perghh.. Sebenarnya aku mo buat lagu.. Tapi mood Jambu datang.. Tu yang menjambu cerita ni.. Hahaha.. Apa-apapun semoga terhibur walaupun aku kurang inspirasi dalam cerita ni begini.. Peace yo~)

#Boroi ©

MEnU Crew dulu dan kini

aku mengantuk! z.z tapi, sia mau sarita juga ni... begini...........once open a time...in a small city, there's a few people...ishhhh...karennnnnn biarlah ku becerita arr... MEnU Crew dulu...dan kini.... KELAB MEnU CREW - FREESTYLE NETWORK COMMUNITY adalah sebuah kelab yang tubuhkan untuk mewujudkn 1 komuniti @ group, dgn tujuan kita dpt memanfaatkan hubungan persahabatan dan persaudaraan di samping mengeratkan lagi hubungan itu dgn melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah. MEnU adalah ringkasan dari perkataan ME aNd yoU,.. Ditubuhkan pada 1/03/2010 oleh beberapa org ahli lama yang masi aktif, mula serius dan aktif dalam group ini apabila mendapat sambutan yang mengalakkan dari rakan2, pada mulanya nama MEnU di ilhamkan untuk penubuhan sebuah band iaitu "MEnU MUZIKA" tetapi beberapa ahli memberi cadangan mewujudkan satu group yang lebih kepada group "automotif" maka group di ubah kepada "MEnU Simple N style- Automotive network Komuniti" dan apabila aktiviti lebih kepada OUTING, Beriadah, Lepak santai, bersukan.. hasil Perbincangan beberapa ahli aktif dalam group, kelab ini mengambil keputusan muktamad dengan memberi nama baru iaitu "MEnU CREW- FREESTYLE NETWORK COMUNITY" iaitu group yang tidak terhad atau tertumpu pada satu aktiviti utama.. kalau boleh, semua aktiviti dilakukan selagi ada kudrat aka kemampuan dan selagi tidak memesongkan ahli kepada benda-benda negatif... kla bye...

Tuesday, February 18, 2014

Friday, February 14, 2014

Valentine day?

Huwaaa.. tadi tetiba terhingin pulak layan harry porter yg pes punya.. layan punya layan tetido.. then jam 11malam tebgn langsung nda dpt tido.. dem..

P/s - lapar...

Ok.. ngam2 plak tarikh hari ini 14hb/feb iaitu tarikh yg dikenali sebagai valentine day.. dan kena pula dgn hari pengulu segala hari .. hari jumaat..

Aku nda mau kes terang maksud valentine tp aku tgk d fb dan wechat ku bnyak jga kawan2 wish dan ada yg siap buat statment sambut valentine haram..

Bagi aku kamu mau wish ka nda wish ka terpulang tuk kamu.. tepuk dada then pikir kecik jga cup ku ni ?? =)) =)) nda bah..


Cuma bagi aku sebelum facebook ni wujud start aku kecik sampai besar nda pena ada mana2 pihak mengwish atau meyambut valentine ni.. (mungkin aku nda tau kali ah pasal ni..) sejak ada fb ni.. tiap2 tahun.. ya tiap2 tahun tiap kali ada perayaan seperti valentine, good friday or etc pasti akan ada yg megatakan benda tu haram.. kalau kamu tau benda tu haram cukup la kamu nda selebret .. ni aku tgk d fb mesti akan begaduh punya pasal benda2 begini.. sindir meyindir.. rasa nda puas hati.. maki hamun..
Kamu nda rasa ka perbuatan itu pun sama teruk dengan benda yang kamu megatakan haram tu?


Ada pepatah megatakan.. biar muka hodoh jangan perangai bodoh..


#bye saya mabuk coklat suda hini..


# mana2 budak lahir bulan 11 kemungkinan anak valentine day =)) pakai protection woi

Macam celaka !! =))

"KAU JANGAN BUAT AKU MARAH!!! AKU BANYAK BERSABAR DENGAN PERANGAI KAU SELAMA INI!!!".. Keras dan kasar Adrian memarahi isterinya Katty.. Setiap malam ada saja yang tidak kena dengan mereka.. Jika bukan Adrian, katty pula yang akan berteriak.. Pasangan ini memang tidak aman setelah rumah mereka musnah akibat perbuatan mereka sendiri.. "Aku cakap sabar, sabarlah dulu!! Ini tidak!! Kau selalu paksa aku.." adrian meluah rasa tidak puas hati.. Katty terdiam.. Bukan tidak ingin bersuara namun bukan masanya.. Katty faham sangat perangai suaminya tu.. 5tahun bersama namun belum dikurniakan cahaya mata.. "Abang bukan tak nak" tiba-tiba wajah adrian berubah.. Ada rasa kesal dan sayu yang belum dapat diterjemahkan.. Suaranya yang kasar bertukar lembut.. "Abang bukannya ingin menolak permintaan sayang.. Tapi sayang ada terpikirkah akan baik buruknya nanti?" soalan adrian membuatkan katty terpaku seketika.. "Permintaan sayang tu berat.. Abang tak mampu.. Lagipun jika dipikir logiknya.. Kita memang tidak layak.." Adrian mengeluh disisi katty.. "Kita ni siapalah. Cukuplah kita menumpang dengan tuan kita.. Jangan nak berangan-angan sangat mempunyai kereta sendiri.. "Tapi,ayang tak suka dengan boyfriend tuan kita.. Dia tidak suka jika mereka pergi dating kita pun ada.. " katty menyampuk.. "Ah.. Biarlah!! Bukan dia yang beri kita makan.. Lagipun ayang tidak pelik? Bila mana kita tiba-tiba drive kereta.. BMW pula tu" adrian membidas.. "Tom pula boleh.. Kenapa tidak kita?" Itu katun la sayang oiiii.. Kita ni kucing parsi -

Thursday, February 13, 2014

Kalau ceritaaaaaa =))

Assalamualaikum wbt.. Baiklah.. Aku datang kembali dengan cerita yang lebih hangat bagai lagu "Waris" yang berbunyi *kojoloba kojolobu \:D/ *.. Ok, cerita ini seperti biasa.. Ikut tuan badan yang berlemak lagi gemuk.. Hihihi.. Nak dimulakan kisah begini.. Pada suatu hari.. Si gemuk telah pergi berjogging disebuah taman (maaf.. Lupa nama taman tu).. Tahu apa yang berlaku?? Baca terus dan terus terus terus sampai terusss.. =)) .. Ok, Dengan semangat ingin berbadan impian seperti *tettttttt* (rahsia tapi yang nyata Artis).. Angan-angan dapat berbadan seperti artis pebretnya untuk mendapatkan cewek atau awek ala-ala Nora danish.. Kononya.. Hohoho.. Time membetulkan tali kasutpun sempat si gemuk membayangan kehidupan berbadan 6pack (selfie!!) Tetapi semangat tu hanya untuk seketika saja.. Untuk beberapa minit si gemuk (macam lain ku baca.. Malar gemuk.. Mengolok sendiri nda juga.. Hmmm.. Ok Bubuh nama la.. Guna nama Harris.. Haaa..Bergaya sikit) berjogging , harris kepenatan kerana terlalu mengikut keinginannya.. Lalu harris berehat seketika.. Oleh kerana terlalu penat harris tidak mengendahkan apa yang berlaku disekelilingnya.. Dengan steadynya harris terkentut.. Tak dapat dibayangkan bagaimana bunyinya.. Serentak dengan itu ada suara dari belakang " Uina.. Kentutkah juga tu? Lain betul.. " .. Harris menoleh kebelakang.. Kelihatan dua pasangan sedang merenggangkan badan sambil membunyikanh lagu dari HP mereka.. Sayup-sayup kedengaran lagu itu.. "Meski ku rapuh dalam langkah" (Itu ja part lirik aku dengar).. Apa punya penjogging.. Acara melonggarkan otot pakai lagu layu.. Patutpun badan macam makcik-makcik jual sayur dipasar.. Cubalah pasang lagu "Kojoloba kojolobu \:D/ " kan best.. Ikut rentak juga.. # Ini cerita donggeng di alaf baru.. Kisahpun bukan lucu sangat.. Namanya cerita.. Ye tak? So, pada kengkawan yang ingin nak kurus tu.. Ingatlah pesanan aku ni.. Allah ciptakan kita dengan pelbagai rupa.. Baik lelaki mahupun perempuan.. Memang tak salah melakukan sesuatu untuk kebaikan diri.. Tapi, kita sudah ditakdirkan berbadan kurus (Teposs) atau gemuk (Montok) akan mendapat pasangan juga akhirnya.. Yang pasti, bersyukurlah dengan apa yang dimiliki.. "Hidup ini indah jika kita tahu untuk mengindahkannya"..

Friday, February 7, 2014

CINTA ADAM DAN HAWA =p~

Cinta Adam dan Hawa terbit di syurga terang di jiwa Menggerakkan nurani mencari kasih suci sehingga kita yang tertinggal saling damba sentiasa sunyi bersendiri... #nyata poreber alone rupanya =)) trolololol =))

Tuesday, February 4, 2014

Meeting lepaking

4/02/14 berlakunya penglepakan sambil meeting pasal event tido d kundasang sambil berbbq.. Hasil drpada permintingan tersebut.. Seramai 8 ke 10 org akan join.. insyAllah. Sedikit gambr hasil drpada meeting td..
P/s amik ko sarhan sapa suh share lg bantal busuk di wasap =)) =))

Boroi aka Buncit

Assalamualaikum wbt.. Aku nak bagi pendapat terhadap permasalahan kurang mendapat cinta kepada lelaki gemuk@boroi.. Jika dulu lelaki gemuk ini dianggap sebagai bahan buli atau sekadar percubaan mencari cinta sejati bagi sekumpulan wanita-wanita yang berada disekitarnya.. Tetapi sekarang ianya sudah berubah dimana lelaki gemuk ini sangat digilai kerana bagi pendapat wanita sekarang.. Lelaki gemuk ini sangat tebal walletnya.. Ini sangat mengembirakan kepada lelaki gemuk yang sedang mencari jodoh yang ala-ala Nelydia Sendrose yang sangat terkenal dengan lakonan dalam cerita Setia Hujung Nyawa.. Hahaha.. Ini hanya cerita.. Bagi aku.. Lelaki Gemuk atau kurus.. Itu semuanya sama.. Kalau sudah sampai jodoh, ya syukur alhamdulillah.. Hihihi.. Jangan biarkan diri dihantui rasa "Aku masih muda, Awalnya nak kawin".. Kalau seru sudah sampai.. Jangan malu hidangkan kengkawan Nasi m inyak.. Kerana makan free itu mulia.. Ye tak.. =))

Mimpi

Bila sedang mimpi indah.. Tandanya kamu horny..

Me n you

Us :)

Budak menu guni2 di malam malam

Hai testing dlu bah blog hini..