Tuesday, March 18, 2014

Nyataaaaaa =))

Esok cuti penggal terakhir akan bermula.. Aku tidak sabar ingin balik ke kampung untuk bertemu nenek.. Rindunya.. Sekian lama hanya menghadap buku dan pen di SMK (Dirahsiakan).. Petang itu aku sengaja tumpang teksi untuk membuat kejutan kepada nenek.. Hihihi.. Suprise la katakan.. Setibanya perkarangan rumah tua itu.. Aku nampak nenek sedang membersihkan dibelakang halaman.. Siap membayar wang kepada pemandu aku menghendap nenek dari tangga depan.. Perlahan-lahan aku melangkah.. Takut disedari pula.. "Huarghhhhh" aku sergah nenek lalu ku peluk dari belakang.. "Astaghfirullah alazimmmmm!!! " panjang nenek mengucap.. Nasiblah penyapu tu tidak di libas.. Kalau tak.. Sure kena..Hahaha.. "Kiahhhhhhh.. Bila kiah sampai.. " pertanyaan pertama setelah lama tidak bersua sambil di cium dahiku setelahku cium tangan nenek.. "Rinduuu " aku bersuara manja niat ingin bermesra tapi lain jadinya.. "Pergi naik atas dulu.. Banyak nyamuk sini" belum sempat bermesra.. Aku diarahkan naik masuk ke rumah.. "Kejap lagi siap ni.. Kotor pakaian tu nanti..".. Jam ditangan 5.27ptg.. Kejap lagi masuk waktu maghrib.. Nenek sendiri ja tinggal dirumah setelah semua pakcik dan makcik aku semua sudah mendirikan rumahtangga.. Balik pun bila perlu.. Nasib nenek masih kuat lagi.. "Kiahhhh.. Ooo Kiahhh" suara nenek jelas kedengaran.. "Pegi mandi.. Jangan lama-lama nanti kena intip.." dalam nada bergurau.. Aku ikut perintah.. Cuma 10minit saja aku gunakan untuk mandi.. Setelah siap berkemas aku menuju ke dapur nelihat nenek.. Nenek sedang masak lauk kegemaran aku.. "Hmmmm" aku menghidu bau masakan nenek.. "Mari kiah.. Makan.. Lepas tu tidur awal.." Eh.. Lain macam nenek ni.. Aku belum mengantuk diminta tidur awal.. "Aik.. Kenapa pula.. Cuti sekolah sudah ni.. Apa pula tidur awal.. Lagipun baru jam 8mlm.. Huhuhu".. Aku membantah.. "Tidak baik tidur lewat.. Nanti senang dapat sakit".. Belum pernah nenek bersikap begitu selama ni.. Hari ni.. Perbezaan ketara sangat.. Sambil menyuap nasi ke mulut.. Aku terpikir kenapa nenek tiba-tiba begini.. "KEDEBUSHHHH!!!" terkejut aku.. "Kelapa dibelakang tu buahnya jatuh.. Kalau tidak daunnya.. Nenek minta aku bertenang.. Bunyi atap rumah bagai dihempas oleh kapal terbang.. Nenekku tahu apa yang terjatuh.. Cuma nak tenangkan aku mengatakan itu ialah buah kelapa atau daun kelapa.. Padahal sebaliknya berlaku.. Nenekku melangkah ditepi dapur.. Membuka jendela usang yang kayunya dibaluti papan lapis yang telah luput temponya.. Lalu nenek berkata.. " BAIK KAU JADI PELAKON STUNTMEN.. KAU TERBANG JATUH TAPI TIDAK MENGAPA-NGAPA.. BAGUS KAU NI.. ADA POTENSI JADI ARTIS.. NIAT KO BERLATIH TU BAGUS.. TAPI JANGANLAH DI AREA RUMAH AKU!!" Aku terdiam kaku mendengarnya.. Mula bulu roma meremang.. "KAU NI.. BOLEH PERGI JAUH.. TAPI TU LA.. SAYANG.. TIADA TAMBANGKAN.. OK BEGINI.. KAU PANJATLAH KELAPA.. BOLEH JUAL.. CUKUP TUK TAMBANG.. KAU TERBANGLAH NAIK FLIGHT.. NI KAU TERBANG SENDIRI.. PENAT JA KAU LANDING DIATAP RUMAH AKU.. ROSAKLAH ATAP TU.. HANCUR JA ATAP AKU KAU GANTI!!".. Siapa tu yangtoo? Panggilan ku kepada nenekku dengan bertanya.. "Manusia terbang".. Aku terus jatuh pengsan mendengar nama itu.. Esoknya aku diceritakan oleh nenek kenapa nenek minta aku mandi cepat.. Tidur awal.. Rupanya ada sesuatu yang nenek sembunyikan dari aku.. Akhirnya nenek menceritakan hal sebenar.. "Nenek cuma sengaja cakap begitu.. Biar kiah tidur awal.. Hahahaha.. Kiah nampak daun kelapa tu? Itu yang jatuh semalam.. Hahaha.." rupanya nenek sengaja tekejutkan aku.. Biar aku tidur awal.. Demmmmmmm =))=)).. Aku terkena troll oleh nenek.. Hahahahaha..



# Kisah ini benar namun diubah jalan ceritanya untuk bertujuan menjaga keaslian kisah dari Empunya diri.. Namanya biarlah dirahsiakan.. Hahahaha.. Anak muda.. Apapun pangkat kita diusia muda. Jangan memandang rendah terhadap orang tua. Hormati mereka selagi ada. Kongsi kasihsayang dengan mereka.. Lagipun.. Ada pepatah berkata "Orang Lama berjaya tanpa ada bantuan dari Google".. Ingat tu.. Respect Old people..

(Hak cipta terpelihara.. Buncit 007 (c) )

Saturday, March 15, 2014

Boleh pergi jauh ni =))

Assalamualaikum wbt.. Boroi datang kembali.. Hahaha.. Kali ini brader boroi ingin membawa kamu ke masa lampau.. Amboi.. Masa lampau je korang terus tersenyum.. Ada kisah yang mencuit hati la tu.. Hehehe.. Hai awak.. Haa! Awaklah.. Ya awak.. Awak Yang sedang membaca ni.. Senyum lebar nampak.. Haa.. Pernah bercinta masa sekolah dulu-dulu? Mesti sweetkan sebab senyuman tu mengalahkan orang yang baru dapat gaji tapi sekejap ja pegang duit.. Pastu tawar semula.. Hah! Yang ini senyum pudar warna akibat gaji hari ini habis hari ini.. Hahaha.. Ok.. Sambung semula topik yang brader boroi nak kongsi.. Yang lahir sekitar 1980's.. Pasti ketika bercinta tu romantik sangat.. Mana tidak.. Tulis surat siap tabur bedak biar wangi bila pasangan membacanya.. Nak lagi sweet.. Selitkan madah-madah cinta diakhir luahan.. Perghhhh.. Memang padu!!! Tapi.. Bukan ini yang brader boroi nak persembahkan (seperti hulubalang istana pulak).. Ok.. Brader mula ya.. Dulu, brader ada seorang kawan yang sedang dilamun cinta diwaktu usianya 14tahun.. Namanya harris.. Hensem orangnya.. Ada iras-iras Nicolas saputra pelakon indonesia.. Pasangan yang kononnya jadi cinta pertama dan terakhir, tiada lain selain dia.. Namanya Laila berusia 13tahun.. Comel orangnya.. Nak tandingkan dengan rupa artis memang jauh berbeza.. Secomel-comel wawa zainal.. Semanis-manis emma maembong.. Ayu budak laila ni.. Pada satu hari ni waktu rehat dalam sekolah.. Harris ternampak Laila sedang bermesraan dengan seorang pelajar yang sebaya dengan harris.. Kalau tidak silap.. Kelas 2 Bijak.. Laila dengan pelajar lelaki tu saling berpegangan tangan.. Betapa hancurnya hati harris sewaktu melihat gelagat mereka.. Dengan perasaan kecewa keesokan harinya harris telah menulis surat untuk Laila.. Dia meluahkan segala-galanya dalam surat itu..



"Kehadapan Laila..
Saya tidak tahu apa yang akan berlaku setelah laila terbaca surat ini.. Saya harris.. Pelajar kelas 2 Genius.. Sebenarnya saya minat dengan laila.. Sejak pertama kali laila jejakkan diri ke sekolah ini.. Saya tahu nama laila setelah melihat buku laila yang tercicir depan kelas saya.. Tak sempat nak bagi salam kenal laila terus berlari.. Tapi itu tidak penting.. Yang penting saya nak luahkan perasaan dengan laila.. Laila, jika kita bercinta saya akan buat laila paling bahagia.. Walaupun saya tiada apa-apa nak dihadiahkan untuk beri dengan laila.. Saya cuma ada hati dan perasaan.. Saya nak jaga laila.. Saya perlukan laila.. Kalau boleh saya nak sehidup semati dengan laila.. Sayang laila.. (Petang ini nak jumpa laila dekat pondok belakang perpustakaan.. Jam 2ptg)

Yg ikhlas..
Harris..


Harris meminta tolong pelajar satu kelas dengan laila untuk memberikan surat itu.. Laila terbaca surat tu.. Tepat jam 2ptg.. Laila nampak seorang pelajar lelaki duduk dipondok.. Tanpa membuang masa.. Laila pergi tanpa ditemani sesiapa.. Surat yang harris titipkan untuk laila tersampul rapi digenggaman.. Laila menghulurkan surat itu semula kepada harris sambil berkata "Hati saya sudah dimiliki.. Lagipun saya tidak kenal awak" lalu laila berlalu pergi sebelum harris dapat berkata apa-apa.. Betapa hancurnya hati harris sehinggakan tidak mampu menahan airmatanya.. Dalam kecewaan itu, seorang kawan harris nampak dia menangis.. Tetapi tidak tahu apa sebab harris menangis.. Terkedu harris.. Dalam banyak situasi yang melanda.. Peristiwa itu yang membuatnya mengalirkan airmata.. Perlahan harris menahan sedih lalu diceritakan kepada kawannya.. "Wan, ko kenalkan laila pelajar kelas 1 Bestari.." "Kenal!" jawab Wan ataupun nama penuhnya Izwan.. "Wan tahukan harris suka laila.. Tapi, laila tolak harris mentah-mentah hanya kerana hatinya telah dimiliki dan tidak kenal saya" kata harris sambil menaris nafasnya dalam-dalam.. "Oh.. Harris ni.. Laila tu kan couple dengan Razak pelajar 2 Bijak.. Harris tidak ingatkah.. Kan ramai pelajar lain cakap pasal dorang tu.. Dorang tu dijodohkan oleh keluarga.." izwan seperti berleter terhadap harris.. "Beginilah harris.. Lupakan la laila tu.. Bunga bukan sekuntum.. Lagipun kalau saya tengok rupa harris ni.. Boleh pergi jauh.. Tapi tu la.. Sayang~ Tiada tambang!!!" lalu izwan terbahak-bahak mentertawakan harris diikuti dengan perubahan wajah harris seperti ingin meraih simpati walaupun dalam situasi tu harris turut tertawa.. Akhirnya harris terima juga keadaan setelah terlihat pelajar seusia harris baru berpindah ke sekolah mereka.. Namanya Erna Mariana.. Pelajar berkaca mata berbangsa kacukan Melayu-Belanda.. Perghhhh.. Sekian..


# Haa.. Apa macam? Ok tak kisah ni?.. Hahaha.. Brader boroi tak pandai nak buat cerita romantik ini.. Harap korang semua terhibur juga walaupun kisah ni banyak kurangnya.. Hehehe.. In shaa Allah brader boroi akan kembali dengan cerita yang thorbaekkk.. Sampai berjumpa lagi.. Adios amigos.. Assalamualaikum wbt..

Tuesday, March 4, 2014

Tips Harian~

Assalamualaikum wbt.. Hai semua.. Aku kembali lagi.. Hahaha.. Ok.. Kalau nak suruh buat ucapan memang dalam taipan memang payahlah.. Sebab aku guna Handphone Samsung Galaxy Young.. Jadi, Susah nak buat panjang-panjang.. Boleh tu boleh tapi terpaksa copy/paste.. Hihihi.. Entah apa aku melalut ni korang jangan ambil kisah sangat.. Baiklah.. Aku ingin berkongsi tips sedikit untuk mengelakkan dari terpeleot pabila turun tangga.. Nak jadikan cerita.. Hari tu.. Kengkawan ada jenjalan kat shoping komplex ni.. Nak pegi nonton wayang kata mereka.. Tapi bukan pasal movie tu aku nak kisahkan.. Kejadian terpeleot tu yang menyedihkan.. Dah movie tu abis ramailah yang nak keluar dari panggung tu.. Sure ada yang nak berebut turun tangga.. Kejadian tu berlaku tiba-tiba dan mengakibatkan kecederaan yang serius.. Mungkin dia penat atau terpikirkan hal-hal yang lain seperti "Nak makan" atau yang boleh menjadi punca kelalaian.. Ok.. Aku nak bagi tips ya.. (1) Dalam keadaan sesak tu coba teriak "Tolong.. Aku nak pengsan!!!".. Mesti ramai yang nak tolong sebab dekat malaysia ni.. Ramai prihatin.. Terutama bila yang nak meminta tolong tu "Awek".. (lelaki dinasihatkan jangan ikut cara ini.. Takut yang cuba menolong anda "GAY".. (2).. Dalam posisi berbaris tu cuba nyanyi dalam hati.. Kerana lagu ada perkiraan masa yang boleh diikut rentaknya dengan melangkah atau turun tangga.. Misalnya lagu -Gadis jolobu-.. "Kojoloba kojolobu tuai padi tiga tangkai".. Setiap rentak diikuti lirik itu memudahkan anda membuat pergerakan..Mana tau ada kawan mengerti apa yang kamu lakukan.. Pasti dia akan ikut juga.. Sehati sejiwa katakan.. Hihihi. Kalau tak percaya, cuba praktik sekarang.. Hasilnya memang thorrbaekkk.. (3).. Ok cara ini mudah saja.. Beritahu kengkawan yang nonton bersama.. "Tunggulah abis orang keluar.. Baru kita keluar".. Sure tak sesak.. Ye tak? Hahahahaha..
# Ini contoh.. Malang tak berbau.. Biar bagaimanapun untuk kita untuk berhati-hati, jika IA berkehendak untuk menjadi sesuatu.. Pasti akan berlaku.. So.. Yang dapat malang tu.. Jangan sedih.. Kerana semasa anda jatuh sakit.. Disitu anda akan tahu.. Siapa yang ambil berat dengan diri anda.. Hihihi. Kerana itu yang tersurat.. Yang tersiratnya pula.. Anda pikirlah yang baik-baik saja.. Semoga ianya kembali seperti sediakala.. Dan jika anda rasa ragu-ragu.. Tepuk dada tanya selera.. Semoga berjumpa lagi.. "Hidup ini kannnn indah pabila kita tahu untuk mengindahkannya.. Hihihi.. Tata titi tutu.. ( Semoga cepat sembuh... Aminn )
#d sertakan gambar contoh terbabit..  Nyata sandik =))


# By - Boroi86