Saturday, March 15, 2014

Boleh pergi jauh ni =))

Assalamualaikum wbt.. Boroi datang kembali.. Hahaha.. Kali ini brader boroi ingin membawa kamu ke masa lampau.. Amboi.. Masa lampau je korang terus tersenyum.. Ada kisah yang mencuit hati la tu.. Hehehe.. Hai awak.. Haa! Awaklah.. Ya awak.. Awak Yang sedang membaca ni.. Senyum lebar nampak.. Haa.. Pernah bercinta masa sekolah dulu-dulu? Mesti sweetkan sebab senyuman tu mengalahkan orang yang baru dapat gaji tapi sekejap ja pegang duit.. Pastu tawar semula.. Hah! Yang ini senyum pudar warna akibat gaji hari ini habis hari ini.. Hahaha.. Ok.. Sambung semula topik yang brader boroi nak kongsi.. Yang lahir sekitar 1980's.. Pasti ketika bercinta tu romantik sangat.. Mana tidak.. Tulis surat siap tabur bedak biar wangi bila pasangan membacanya.. Nak lagi sweet.. Selitkan madah-madah cinta diakhir luahan.. Perghhhh.. Memang padu!!! Tapi.. Bukan ini yang brader boroi nak persembahkan (seperti hulubalang istana pulak).. Ok.. Brader mula ya.. Dulu, brader ada seorang kawan yang sedang dilamun cinta diwaktu usianya 14tahun.. Namanya harris.. Hensem orangnya.. Ada iras-iras Nicolas saputra pelakon indonesia.. Pasangan yang kononnya jadi cinta pertama dan terakhir, tiada lain selain dia.. Namanya Laila berusia 13tahun.. Comel orangnya.. Nak tandingkan dengan rupa artis memang jauh berbeza.. Secomel-comel wawa zainal.. Semanis-manis emma maembong.. Ayu budak laila ni.. Pada satu hari ni waktu rehat dalam sekolah.. Harris ternampak Laila sedang bermesraan dengan seorang pelajar yang sebaya dengan harris.. Kalau tidak silap.. Kelas 2 Bijak.. Laila dengan pelajar lelaki tu saling berpegangan tangan.. Betapa hancurnya hati harris sewaktu melihat gelagat mereka.. Dengan perasaan kecewa keesokan harinya harris telah menulis surat untuk Laila.. Dia meluahkan segala-galanya dalam surat itu..



"Kehadapan Laila..
Saya tidak tahu apa yang akan berlaku setelah laila terbaca surat ini.. Saya harris.. Pelajar kelas 2 Genius.. Sebenarnya saya minat dengan laila.. Sejak pertama kali laila jejakkan diri ke sekolah ini.. Saya tahu nama laila setelah melihat buku laila yang tercicir depan kelas saya.. Tak sempat nak bagi salam kenal laila terus berlari.. Tapi itu tidak penting.. Yang penting saya nak luahkan perasaan dengan laila.. Laila, jika kita bercinta saya akan buat laila paling bahagia.. Walaupun saya tiada apa-apa nak dihadiahkan untuk beri dengan laila.. Saya cuma ada hati dan perasaan.. Saya nak jaga laila.. Saya perlukan laila.. Kalau boleh saya nak sehidup semati dengan laila.. Sayang laila.. (Petang ini nak jumpa laila dekat pondok belakang perpustakaan.. Jam 2ptg)

Yg ikhlas..
Harris..


Harris meminta tolong pelajar satu kelas dengan laila untuk memberikan surat itu.. Laila terbaca surat tu.. Tepat jam 2ptg.. Laila nampak seorang pelajar lelaki duduk dipondok.. Tanpa membuang masa.. Laila pergi tanpa ditemani sesiapa.. Surat yang harris titipkan untuk laila tersampul rapi digenggaman.. Laila menghulurkan surat itu semula kepada harris sambil berkata "Hati saya sudah dimiliki.. Lagipun saya tidak kenal awak" lalu laila berlalu pergi sebelum harris dapat berkata apa-apa.. Betapa hancurnya hati harris sehinggakan tidak mampu menahan airmatanya.. Dalam kecewaan itu, seorang kawan harris nampak dia menangis.. Tetapi tidak tahu apa sebab harris menangis.. Terkedu harris.. Dalam banyak situasi yang melanda.. Peristiwa itu yang membuatnya mengalirkan airmata.. Perlahan harris menahan sedih lalu diceritakan kepada kawannya.. "Wan, ko kenalkan laila pelajar kelas 1 Bestari.." "Kenal!" jawab Wan ataupun nama penuhnya Izwan.. "Wan tahukan harris suka laila.. Tapi, laila tolak harris mentah-mentah hanya kerana hatinya telah dimiliki dan tidak kenal saya" kata harris sambil menaris nafasnya dalam-dalam.. "Oh.. Harris ni.. Laila tu kan couple dengan Razak pelajar 2 Bijak.. Harris tidak ingatkah.. Kan ramai pelajar lain cakap pasal dorang tu.. Dorang tu dijodohkan oleh keluarga.." izwan seperti berleter terhadap harris.. "Beginilah harris.. Lupakan la laila tu.. Bunga bukan sekuntum.. Lagipun kalau saya tengok rupa harris ni.. Boleh pergi jauh.. Tapi tu la.. Sayang~ Tiada tambang!!!" lalu izwan terbahak-bahak mentertawakan harris diikuti dengan perubahan wajah harris seperti ingin meraih simpati walaupun dalam situasi tu harris turut tertawa.. Akhirnya harris terima juga keadaan setelah terlihat pelajar seusia harris baru berpindah ke sekolah mereka.. Namanya Erna Mariana.. Pelajar berkaca mata berbangsa kacukan Melayu-Belanda.. Perghhhh.. Sekian..


# Haa.. Apa macam? Ok tak kisah ni?.. Hahaha.. Brader boroi tak pandai nak buat cerita romantik ini.. Harap korang semua terhibur juga walaupun kisah ni banyak kurangnya.. Hehehe.. In shaa Allah brader boroi akan kembali dengan cerita yang thorbaekkk.. Sampai berjumpa lagi.. Adios amigos.. Assalamualaikum wbt..

No comments:

Post a Comment