Wednesday, June 18, 2014

World cup diantara kita..

Bola sepak.. Luas pemahamannya.. Ia bukan saja tentang persahabatan.. Ia lebih lagi.. Menurut pandangan brader.. Seseorang yang menyokong pasukan kegemarannya adalah sangat kuat kecintaannya.. Ia seorang yang setia.. Tidak seperti mereka yang punya banyak pilihan.. Seperti memilih Dua atau Tiga pasukan jadi harapan untuk menjulang piala.. Mereka ini tiada kepercayaan dan tiada kesetiaan.. Itu yang paling jelas kalau brader tengok.. Dan lebih tepat adalah "suka-suka saja".. Jika dipandang pada kecintaan pula.. Mereka yang mempunyai banyak pilihan ini adalah mereka yang ingin mencari yang "Terbaik" untuk mereka.. Hihihi.. Ini cuma dari sudut pandangan brader.. Apa-apapun itu semua adalah kata-kata dari brader.. Jangan nak pikir sangat.. Sekadar mengisi ruang kosong pada blog ini.. Baik buruk anda pilihlah.. Selamat menyokong pasukan kegemaran anda..


# Kita banyak pilihan.. Jangan terlalu taksub dengan kegembiraan dunia yang tak kekal.. Apa yang dilarang, Tinggalkanlah.. Jauhi judi.. Tak lama lagi Ramadhan akan bertemu kita.. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih memberi keberkatan kepada kita semua dan mengeratkan lagi silaturrahim antara kita.. Pikir-pikirkanlah dan selamat beramal..

Oh World Cup 2014

Assalamualaikum W.B.T.. Brader kembali dengan wajah yang riang dan hati yang senang.. Nak tahu kenapa? Sebentar nanti brader kongsikan dengan korang.. Hahaha.. Korang mesti terperanjatkan sebab kenapa brader hilang lama dalam blogger.. Ini bukan tak lain punya pasal sebab brader cari cerita yang best tuk korang.. Haaaa.. Tak percaya.. Baiklah teruskan membaca.. Begini.. Mesti korang sekarang ni tengah demam bola kan.. Yalah.. World Cup.. Cerita pasal WC (World Cup) ni.. Brader ada ramai kawan yang bersengkang mata semata-mata untuk melihat perlawanan Pasukan pilihan mereka termasuk brader juga la.. Da minat ye tak? Benda kalau da minat biar macam mana halangan pasti ditunaikan juga.. Tak kiralah menonton diluar kawasan.. Yang penting happening ye tak? Lagi mulia jika pasukan pebret menang.. Lagi best dapat minuman free (opsss) Hahahaha.. Baiklah.. Nak jadikan satu cerita ni.. Brader bebaru ni ada keluar tengok bola dengan kengkawan brader.. Cuma sedih jugalah.. Yalah.. Da keluar beramai-ramai ni ingat boleh bercerita sampai terbahak-bahak.. Sebab kawan brader yang sorang ni Pelawak.. Bila bertemu saja pasti ada lawak yang terbaru.. Cuma malam tu mungkin si jai ni kontrol macho sebab ada beberapa gadis yang duduk bersebelahannya.. Hahahaha Brader andaikan dia sebagai "JAI".. Si Jai ni penyokong tegar Negara "Brazil".. Tapi perlawanan yang kami tengok ni antara Germany vs Portugal.. Sebelum perlawanan bermula.. Ada suara-suara sumbang dimeja belakang ni berketawa.. Jai toleh kebelakang tengok gelagat manusia yang pelik antara manusia atau alien.. Mana tidak.. Rambut warna kuning entah pewarna mana dia pakai.. Da macam sabut kelapa.. Pernah nampak sabut kelapa? Berserabut .. Haaa macam begitulah keadaannya.. Kawan brader si jai ni ternampak jersey yang alien tu pakai.. Jersey portugal.. Siap si jai tegur "Cantik baju bro".. Dengan bangganya alien tu mengusap lambang portugal dijerseynya.. Siap digoncang seperti mengibarkan lambang jersey tu.. Fuhhhh.. Eksennn.. Si jai ni cool saja sebab bukan pasukan pilihan.. Tapi kerana minat jersey germany dia terpakai juga malam tu.. Itu mungkin sebab brader umpan kata yang bahawasanya kengkawan semua guna jersey juga.. hihihi.. Cuma ada gangguan sedikit sebab tergendala siaran perlawanan tu.. Minit berlalu.. Terkejut bila keputusan 1 - 0 pada minit ke 15 perlawan.. Terlepas goal yang dijaringkan kerana kesilapan teknikal pada screen besar.. Hingga habis perlawanan.. Wisel ditiup dan kemenangan berpihak pada germany 4 - 0 keatas portugal.. Cuma yang tak disangka.. Alien yang duduk dimeja belakang tu.. Minit ke 80 sudah balik tanpa menghabiskan sisa perlawanan.. Da ke mana semangat sebelum perlawanan bermula? Hahahaha.. Nasib baik brader tak kejam pada malam tu.. Hihihi.. kalau brader kejam.. Brader TROLL depan mata siap buat muka duck face seperti Jurulatih Spain.. Bila sebut pasal spain ni yang brader paling lucu.. Kahkahkahkah.. Mana tidaknya.. Over komfiden.. Sekali terbalik.. Kena belasah 5 - 1 oleh Holland.. Hahaha.. Cukup puas juga brader membahan kengkawan brader.. Dan mungkin selepas membaca ni kengkawan brader akan boikot brader.. Mana tidak.. Brader tidak memberitahu pasukan pilihan brader (Yang jelas brader tiada buat pilihan pada world cup kali ini..) Hahahaha.. Pandai-pandai koranglah teka team pilihan brader.. Yang penting brader memang nak membahan kengkawan brader.. Yang part membahan ni brader paling senang hati dan gembira.. Sebab disitu kita akan tahu sampai mana tahap keyakinan sokongan pada pasukan pilihan.. Hahahahaha.. Jangan marah.. Sampai jumpa lagi.. Adiosss amigossss..




# Bila ada jersey tu sila pastikan ianya MUAT dipakai kerana dikhuatiri akan menimbulkan suasana "PengTrollan".. Kepada kengkawan braded yang telah membaca ni.. Brader minta maaf bebanyak.. Usik mengusik itu untuk mengeratkan persahabatan antara kita.. Ye tak? Tiada niat lain selain ingin bergurau.. Cuma lain kali jika ingin menonton bola reramai.. Abaikan gadget tu.. Masa bersua muka tu jarang.. Melainkan tiada cerita.. Oderkan aku Tongkat ali.. Tunggu perlawanan antara Brazil Vs Mexico..