Friday, February 28, 2014

Gadis Jolobu

PART I

Gadis itu berlalu pergi dengan tergesa-gesa tanpa mengucap apa.. Hilang begitu saja.. "Dik, ini bakinya.." "Melepas~" keluh hatinya.. Seorang jejaka telah terlihat gadis yang ayu.. Namun gadis itu tidak dikenalinya.. Oh apakah ini cinta pandang pertama.. Ayunya gadis itu.. Siapakah dia.. Gadis itu menjadi misteri dipikiran si jejaka.. Lain pula kisah si gadis.. Dia sedang bercinta dengan lelaki.. Malangnya si gadis itu mengetahui latarbelakang lelaki itu.. Pada suatu hari gadis itu bertembung dengan lelaki yang dicintainya bersama seorang wanita ditemani kanak-kanak kecil.. Sigadis dengan berasa sakit dan sedih mengekori pasangan itu dari belakang.. Terdengar bualan mersa antara mereka.. "Sayang, sempena ulangtahun perkawinan kita nanti.. Abang nak buat diluar negara.. Kita da lama tak cuti-cuti diluar negara.. Abang sudah urus semuanya tentang tiket dan tempat tinggal.." Betapa hancur hati gadis itu pabila mengetahui hal sebenarnya.. Rupanya selama ni dia bercinta dengan Suami orang.. Gadis itu teringat dengan cerita semalam setelah dia dan lelaki itu bertemu.. "Awak, dalam seminggu saya akan keluar negara atas beberapa urusan.." Mengalir airmata gadis itu bila teringat kisahnya dengan lelaki yang diserahkan jiwa dan raga dengan penuh rasa kasih sayang..

PART II

Sebulan berlalu...
"Cik, nak order apa?".. "Bagi saya Jus Avocado.. Err, Banyak buih ya" sambil melemparkan senyuman yang manis kepada pelayan itu.. Pelayan itu berlalu pergi setelah mengambil ordee dari si gadis.. Bar yang suasananya agak tenang membuatkan perasaan gadis itu ceria.. Disatu sudut, jejaka yang mengenalinya tu sedang menghirup secawan Tea hangat.. Sedang asyik menikmati minuman, jejaka itu terpandang disatu sudut dimana gadis impiannya sedang duduk sendirian.. Namun riak wajahnya sangat ceria.. "Inilah masa aku untuk mengenalinya dengan lebih dekat lagi".. Jejaka itu mendekatinya.. "Hai, boleh join?" jejaka itu memulakan bicara.. Gadis itu menoleh kiri dan kanan sambil menaikkan keningnya.. "Silakan" pelawanya.. Diamati wajah gadis itu.. Tersenyum sendiri.. "Gembira nampak? Ada apa yang saya boleh tahu?" tanya jejaka itu sambil tersengih.. "Hm, tanya saya?" sambil gadis itu membesarkan matanya memandang.. "Awak senyum saja dari tadi.. Ada apa yang berlaku?".. "Hahahaha.. Tiada apa. Cuma teringat cerita tadi.. Bukannya penting sangat tapi lucu" sambil gadis itu memberikan senyuman yang paling mencairkan hati sesiapa yang memandang.. "Oh ya.. Saya macam pernah nampak awak.. Dimana ya?".. "Pernah dulu.. Time tu awak tiada duit syiling untuk bayar makcik dekat toilet tu.. Ingat? terang si jejaka.. "Oh iya.. Awak yang bayarkan.. Tapi waktu tu saya tak sempat nak ucapkan terima kasih.." sambil gadis itu menghulurkan tangan ingin mengucap terima kasih.. " 'Syuhana'.. Nama saya syuhana.. Panggil 'ana'.. Awak?" seolah tahu akan niat jejaka itu yang berkenalan "Harris.. Panggil 'ris' pun boleh.."

PART III

Hari berlalu.. Ana dan Ris menjadi rapat.. Jika tidak bercall pasti akan ber"PM" diwechat.. Dunia teknologi.. Dihujung minggu Harris mengajak Syuhana untuk berjogging.. Boleh sembang banyak-banyak.. Ana mengenakan Seluar tracksuit hitam dengan kasut nike hijau keluaran terbaru.. Nampak sangat tak pernah berjogging.. "Waa.. Serba baru nampak.. Pertama kali jogging?" harris menegur sambil ketawa kecil.. "Eh! Bukanlah.. Kasut yangh dulu ntah letaknya.. Tu yang pegi mall beli.. Ni pun sebab awak ajak saya.. Kalau tak.. Berkumpul la lemak diperut ni" tegas syuhana.. Harris waktu hanya mengenakan pakaian yang biasa dia guna bila berjogging.. Penat mengelilingi tasik itu Harris mengajak Syuhana untuk berehat.. "Ris.. Didunia ni ada lelaki sejati lagi tak?" pertanyaan Ana membuatkan Ris kaku seketika.. "Lelaki ni memang suka menyakitkan hati wanita sajakan?" tambahnya lagi.. Belum sempat harris mengatur nafas syuhana bertanya lagi.. "Ka lelaki semua memang dilahirkan untuk mempermainkan wanita saja?".. "Kenapa pula Ana berpikiran begitu?" tanya harris untuk mematikan pertanyaan Ana.. "Tau tak.. Sedihnya hati bila dapat tahu 'JANTAN' yang dicintai itu sebenarnya Suami orang.." Harris memandang mata syuhana dengan rasa simpati.. "Kalau Ris ditempat Ana.. Apa Ris akan buat?! Ris tidak akan tahu apa yang Ana rasa.. Semua lelaki sama saja!!".. Harris memegang bahu Syuhana.. "Ana.. Didunia tiada yang sempurna.. Namun jangan babitkan semua lelaki jadi jahat hanya kerana kisah silam Ana.. Dan saya bukan seperti yang Ana pikirkan.." Harris menghabiskan kata-katanya lalu menyambung semula jogging terhenti sebentar tadi..


TERAKHIR..

Seminggu kejadian berlalu.. Ris dan ana menjalani kehidupan seperti biasa.. Cuma kurang berbual seperti biasa.. Ada juga Ana text Ris bertanya kabar.. Namun tiada semesra biasa Ris menjawabnya.. Ana merasakan perubahan itu.. Namun tidak mampu berbuat apa.. Ana sedar akan kesilapan yang dia lakukan.. Tapi itu tiada terlintas dipikiran Ana untuk mengecilkan hati Ris.. Namun Ris tidak mampu untuk tidak mengingat Ana.. Setiap saat hanya memikirkan Ana.. Baginya Ana sangat istimewa.. Lagu Gadis Jolobu nyanyian Waris feat Dato' Hattan bergema.. Harris memandang segera handphone Samsung Galaxy Note 2 diatas meja.. SMS masuk dari Syuhana.. "Ris, maafkan ana.. Ana sedar ana buat salah.. Maafkan ana.." Harris menarik nafas dalam-dalam.. Dihembuskan.segera.. "Huh!".. "Boleh kita jumpa? Malam ni ditaman tempat kita jogging dulu? Jam 8mlm.. Ris tunggu disana".. Syuhana mengiyakan pelawaan harris.. Jam menunjukkan 7.52pm.. Harris dengan jeas Levis biru lusuh kasut Converse hitam berbaju Kemeja Polo.. Rambutnya disisir rapi diala-ala David Beckham.. Ikut style terkini katakan.. Dari jauh Harris nampak kelibat syuhana.. Harris tahu lenggok berjalan itu adalah syuhana.. Gadis itu bertudung sambil mengenakan Baju lengan panjang dan Jean Biru kasut Converse juga.. Harris mendekati syuhana lalu mengajaknya duduk ditepi tembok.. "Ada apa Ris ajak Ana jumpa?".. "Ana.. Ris faham situasi ana waktu tu.. Itu pendapat ana.. Ris tidak membantah.. Cuma janganlah kaitkan semua lelaki.. Ana seperti hidup didalam bayangan sendiri.." harris memulakan bicara.. Syuhana diam.. Suasana malam tu sangat tenang.. "Kenapa ana diam?".. Syuhana tunduk tanpa suara.. "Ana, Ris bukan mau membuka luka lama.. Cuma Ris nak Ana lari dari bayangan lama.. Jangan hidup bertemakan kenangan lalu.. Buka mata.." luahan harris.. Ana seolah-olah hilang bicara.. Diam saja.. "Ana.. Sebenarnya Ris sayangkan ana".. Syuhana memandang harris.. Ditenung tajam mata itu.. Tepat dibebola mata.. "Tapi, ana masih bermain dengan bayang-bayang.." harris mengalih pandangan.. Dipandangnya lampu jalan yang mencahayai semua taman itu.. "Harrisss".. Sayu suara syuhana memanggil nama jejaka yang duduk disebelahnya.. "Kenapa harris sayangkan ana?".. Harris menoleh kearah syuhana.. Digengamnya tangan gadis itu.. Syuhana tidak memberi reaksi dengan tindakan harris.. Hanya dipandang saja mata yang memandangnya.. "Ana.. Jika yang pergi itu Cinta.. Mungkin yang datang adalah jodoh.. Sejak Ris terpandang ana.. Berkenalan dengan ana.. Harris telah jatuh cinta.. Setiap hari Ris hanya terpikirkan Ana.. Mungkin ini takdir untuk kita" harris meluah.. "Tapi kenapa?" syuhana bertanya.. "Ana.. Hawa dicipta untuk temani Adam.. Begitu juga Ana.. Ana diciptakan untuk temani Ris".. Ana membalas genggaman tangan harris.. "Harris".. Ana menyebut nama itu.. "Ya saya?" Ana dengan tidak diminta telah mengalirkan airmata.. Lalu menyandarkan kepalanya dibahu Harris.. "Ana.. Hidup ini.. Tidak seperti yang diangankan.. Semuanya telah ditakdirkan.. Namun kita masih mampu untuk mecapainya.. Walau tidak serupa impian tapi kita masih mampu mengindahkan hidup ini..".. Ana memeluk erat harris.. Ternyata harris tidak bertepuk sebelah tangan.. Berakhirnya malam itu dengan keindahan..


( Ini rekaan semata-mata.. Terhasil bila suasana yang aku alami ini bertemakan "Kan Hidup ini Indah jika kita tahu untuk Mengindahkannya" sambil ditemani Teh hangat sentuhan tangan sendiri dengan sebungkus Rokok surya.. Sambil-sambil dengar lagu Instrumental.. Perghh.. Sebenarnya aku mo buat lagu.. Tapi mood Jambu datang.. Tu yang menjambu cerita ni.. Hahaha.. Apa-apapun semoga terhibur walaupun aku kurang inspirasi dalam cerita ni begini.. Peace yo~)

#Boroi ©

No comments:

Post a Comment